Assalamualaikum semua..... dah lama aku ak x update blog ni. maklumlah kan, dua tiga hari ni aku busy sikit. di tambah pulak dengan line broadband yang slow ni.
Aku fail!!! huahuahua
kalau kau ada baca, aku ada cakap pasal result spm yang bakal menjelang tiba sebelum ni. tapi sekarang ni result spm sudah menjelang tiba dan sudah diumumkan lebih kurang 5 hari yang lalu. pasal spm, aku memang takut sangat sampai tak lena tidur, tak lalu makan, dan macam-macam tak lagi. tapi itu semua dah berlalu. keputusan spm aku sangat memuaskan dan aku sangat bersyukur sebab Allah dah bagi peluang pada aku untuk berjaya dalam spm.
tapi, biasa la manusia, kadang-kadang kat atas, kadang-kadang jatuh torgolek. macam aku la, beberapa hari lepas, memang aku sentiasa senyum sebab aku happy dapat result spm with flying colours bak kata omputeh. aku layak nak apply semua course dalam upu kecuali yang memerlukan subjek arab sebab aku tak ambik arab dan yang memerlukan keputusan straight A+ sebab aku cuma dapat 4A+ jer.
rising action:
pagi tadi, aku test driving dengan jpj, motor sesi 1, kereta sesi 2. start dengan motor. sebenarnya, aku turn nombor yang ke 15, tapi disebabkan aku nak buat double test, test motor aku diawalkan jadi no.2 . dalam hati aku memang dup dap dup dap tak habis habis. aku dah bajet memang aku tak kan lepas titi, and, my thoughts come true bila aku memang tak lepas pun, tapi, aku syukur sebab bahagian jalan raya untuk motor, aku pass. huh ! lega.
klimaks:
test kereta. masa latihan, aku ok. kadang2 jer tak jadi. tu pun time bukit ngan tiga penjuru. kalau jalan raya, aku rasa memang smooth . dah ok. cuma kadang2 jer aku lupa nak bagi signal. biasa la tu, nyanyuk. ok! no 50! eh, tu dia panggil no. kau la. kawan aku cakap. time tu aku tengah rancak berbual pasal apa entah. aku pun pergi la buat bukit, first trial, x jadi. naik kali kedua, sikit je lagi nak sampai garisan kuning. tapi tetap x sampai. so, pak cik jpj tu cakap ok turunkan kereta. aku merayu kat dia supaya bagi aku satu lagi chance. tapi, dia tak bagi. aku sedih jugak tapi aku redha je la sebab bukan aku sorang yang fail . sekarang ni, aku aim unutk jalan raya pulak. aku harap aku pass yang ni. at least pass salah satu, tak de la frust sangat. kan?
tapi , tak ada rezeki nak buat macam mana. kan? aku tak sempat pun algi keluar dari akedemi memandu tu. baru akt simpang ank keluar, aku fail beb. dia cakap aku tak berhati-hati masa kat simpang. aku merayu kat dia, boleh la. jangan la berhenti kat sini. tapi, dia cakap tak boleh. time tu aku rasa macam nak nangis jer. tapi, aku tahan, tak kan aku nak nangis depan pak cik jpj tu kot. ada ramai orang kat situ kot. aku tahan. tapi, aku rasa down sangat-sangat. rasa down ni lagi teruk dari masa aku fail add math. hari ni memang aku frust gila-gila-gila-gila-gila-gila. sangat................. frust.
conclusion:
kita kena ingat yang Allah bagi kita semua nikmat dan kejayaan (to muslims ) . kita tak kan berjaya setiap masa walau kita memang nak sangat benda tu. yeah, memang, kalau takdir kita untuk fail, no matter what, kita akan fail. tapi, kita patut tahu disebalik semua yang berlaku mesti ada hikmahnya kan? kalau omputeh, there is always a silver lightning in every clouds. kita hanya mampu merancang tapi Allah menentukan. macam kes aku, maybe kalu aku lulus sekarang, something bad will happen sebab aku tak berapa mahir lagi. maybe akan accident ke apa. kita mesti optimis. always think positive. fail sekarang tak bermakna kita akan fail selama-lamanya. kan? kalau ada usaha dan berkat, insyaAllah, kita akan berjaya suatu hari nanti. sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan Allah pasti akan berikan yang terbaik kepada setiap makhluk yang beriman kepadaNya.
Tuesday, 26 March 2013
Tuesday, 12 March 2013
Kalau Jadi Orang, Jangan Celupar
Ambik kau!!! uwaaaaaaaaa! Aku tengah nangis ni......
Tu la, sape suruh celupar sangat. Kat entry sebelum ni aku ada cakap kan yang aku tak rase nervous nak tunggu result SPM. aku cakap yang aku tak sedar pun tak lama lagi result nak keluar. Bila kawan aku cakap nervous nak tunnggu result, aku rase relax jer. tapi aku tak cakap cam tu kat dia, aku just cakap tak payah la fikir sangat. Perasaan tunggu result exam semester lagi nervous dari waktu tu. Tu memang perasaan aku masa tu. Aku just berserah macam standardized test 1 jer.
Tapi, sekarang, ketenangan yang aku rase masa tengah tulis entry Keputusan SPM 2012 dah hilang dah. Aku rase macam dah tak cukup oksigen nak bernafas. Rasa suffocated sangat. Entah la, macam ada benda yang tesekat kat dalam paru-paru aku ni. Maybe tak cukup alveolus nak serap udara kot.
Apa aku nak buat ni, asal teringat pasal result jer, terus rase sebak. Apa ni? Kalau aku duk sorang-sorang , mesti teringat pasal result.Nak tidur pun x lena. Mandi tak basah. Macam orang putus cinta pulak. Dah tu, tiba-tiba mulut aku terkumat-kamit cakap cam ni, no! tak boleh ada A- dalam result aku, B no, C no, cuma A+ dengan A jer yang patut ada. Kalau boleh macam gambar kat bawah ni.
Aku tak kisah la korang nak cakap aku perasan bijak ke atau pun bak kata orang Kelantan, "koya nok mapuh " yang bermaksud perasan sangat-sangat. Cuma aku nak yang terbaik jer untuk result SPM aku sebab bagi aku ni la penentuan level kehidupan aku lepas ni. Sesuatu yang dimulakan dengan baik biasanya akan berakhir dengan baik juga.
Aku memang letak high expectation terhadap diri aku sebab aku rase aku memang dah buat yang terbaik untuk exam aku tu. So, aku memang takut sangat kalau aku tak dapat result with flying colours. Masa upsr, pmr , both of them aku dapat straight A's. But kalau yang ni aku tak dapat straight A, tak berguna la pencapaian aku selama ni.
Ya Allah, engkau permudahkan lah urusan ku jangan menyusahkanku . Ya Allah, engkau berilah aku kejayaan dunia dan akhirat serta nikmat darimu. Berilah kejayaan kapadaku dalam SPM dan bimbinglah aku dalam apa jua yang aku tempuhi . Sesungguhnya Engkau itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Amin....
kepada sesiapa yang baca ni, tolong aminkan dan doakan untuk aku. Semoga malaikat mendoakan untuk kalian kembali dan mendapat keberkatan dari Allah.
Friday, 8 March 2013
Wednesday, 6 March 2013
cakap sorang-sorang
gambar kat atas ni memang describe aku sekarang ni. aduish............ tengok page view blog = 0 . tujuan aku tulis blog ni sebab apa? of course sebab aku nak share pendapat aku, cerita aku, and anything yang berlegar dalam kepala aku yang bijak ni.
Ok.. fine! aku sedar diri yang blog aku ni masih sebulan jagung je, ayat aku tak power, blog aku tak cantik, muka aku tak cun (salah satu sebab aku tak suka letak gambar aku) . Aku bukan la nak publisiti melalui blog dan sememangnya aku tak suka benda macam tu. Tapi masalahnya blog aku ni perlu publisiti. Aku tak kisah mana pun tak ada orang follow blog aku (walaupun aku kisah sebenarnya. kalau tak aku tak kan mention pasal benda ni). Tapi, tu tak penting mana bagi aku, yang aku kisah sekarang ni ialah tak de sorang pun daripada berlambak manusia kat atas muka bumi ni TERsinggah kat blog aku.
Aku rasa sedih sangat sebab kalau fikir balik, coretan bermakna yang aku membebel beberapa hari ni hanyalah hiasan sahaja. Kalau blog aku ni ada mata, confirm dia pejam mata bila aku bukak blog ni sebab dah jemu sangat tengok muka aku jer yang asyik datang. Tak de sorang pun yang TERbaca karya bebelan aku ni.
Wahai blog, aku memang kesian sangat kat kau. tapi, nak buat macam mana , dah memang engkau tak femes, memang tak de orang nak datang visit kau. Walau aku ni muka tak berapa cun, at least ada la jugak manusia yang sudi follow aku kat twitter, jadi friend aku kat fb.
Untuk blog ni, aku memang mengharapkan strangers datang melawat. Aku tak nak bagi tau kat kawan-kawan aku pasal blog ni sebab nanti tak syok aku nak membebel. Better kalau orang yang baca blog ni ialah spesies yang tak tahu aku ni makhluk dari planet mana. So, aku tak perlu nak berlapik masa mengata. hehe.
Walau apa pun, kesimpulan untuk status blog aku sekarang ni ialah CRAZY blog sebab cakap sorang-sorang. So, i'll just wait and see. Kalau ada orang berkenan kat blog ni, ada la yang hantar rombongan. Ramai la orang datang visit. Tapi, kalau tak ada, better join persatuan andartu sedunia la. I think persatuan ni memang padan dengan blog aku yang lonely ni .
Tuesday, 5 March 2013
Keputusan SPM 2012
Sedar tak hari ni dah 5 March ! uwaaa! Aku tak rase aku dah sedar. why? sebab aku tak rasa berdebar pun macam sebelum ni. Kalau kira tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi nak dapat result tau. SPM......... memang la maksud dia Sijil Pelajaran Malaysia . tu kalau dalam kamus dewan bahasa . Tapi , kalau dalam kamus kehidupan rakyat Malaysia , SPM ni macam........... macam apa eh? aku tak tau la words yang best untuk describe SPM ni. Tapi yang aku tahu kita semua ni hidup untuk SPM. ye la, sejak kecil lagi mak bapak kita suruh kita belajar pandai-pandai, then dapat masuk sekolah elite, dapat keputusan cemerlang, kerja bagus-bagus . kan? memang tak dapat dinafikan dalam hati setiap ibu bapa nak tengok anak diorang berjaya .
Keputusan UPSR, PMR hanyalah kayu ukur kebijaksanaan kita masa jawab exam tu jer. Tapi SPM ni sangat berbahaya, kalau kita dapat keputusan with flying colours bak kata omputeh , tak pe. Selepas tu kita akan dapat masuk university dan campur usaha sikit , kita akan dapat kerja bagus. Tapi, kalau sebaliknya, apa akan jadi? kalau girls, mesti parents suruh kahwin jer dan kalau boys pulak kemungkinan besar akan tanam anggur kat rumah melainkan kalau parents korang tauke emas tak pe.Walaupun kita dengan classmate and best friend kita sehati sejiwa dan ada cita rasa sama, tapi lepas result spm , semuanya berubah kalau result kita tak sama dengan classmate dan best friend kita tu. Cara hidup dan hala tuju kita dah tak searah lagi.
Aku tak tau sama ada keputusan SPM aku ok or ko. aku harap ok la. Kepada sesiapa yang dapat keputusan cemerlang dan dapat kerja bagus , janganlah sekali-kali melupakan kawan-kawan korang yang tak berjaya. Diorang bukanlah tak cerdik ataupun kurang pandai cuma mungkin belum ada rezeki diorang. . Allah itu Maha Adil dan aku pasti ada hikmah di sebalik setiap perkara yang terjadi . :)
Sunday, 3 March 2013
Cara untuk kembalikan blog yang hilang
Blog hilang? kenapa? mesti korang terkejut kan kalau tetiba jer blog korang kena remove. So, aku nak share cara untuk kembalikan blog yang ter'remove' oleh sistem . Ni cuma untuk yang memang blog tu terdelete sebab sistem salah atau korang delete sendiri. Kalau memang korang ada buat aktiviti yang melanggar "terms of service" , yang tu memang dia akan ambil tindakan dan aku sendiri tak sure sama ada blog tu boleh di restore atau tak.
- mula-mula buka dashboard blogger atau klik sini.
- scroll ke bawah dan cari perkataan deleted blog. klik
- then, klik button restore
my blog is back!!!
Hoorey!!! i'm feeling so happy today because my elegant blog is back. korang tau tak apa aku rase bila aku bukak blog aku, benda alah ni pulak yang display
tapi tu kisah lama. sekarang aku dah dapat balik blog ni. thanks to Blogger sebab dah review balik blog aku dan kembalikannya sama seperti keadaan asal. so, aku tak payah buat blog baru and decorate balik.
oh.... lupa nak cakap. aku ni sememangnya orang baik dan bukan penjenyah. blog aku ni kena remove bukanlah sebab 'violation of thier terms of service' tapi sebenarnya sebab kesilapan system. tak percaya? ni buktinya. :)
time tu aku rase macam nak nangis jer. my brain keep thinking. Why? aku tak rase aku pernah buat jenayah guna blog aku ni. blog aku ni baru jer beroperasi tak sampai seminggu. aku tak sempat pun nak mengata orang atau mengkritik mana-mana pihak. penat tau aku decorate blog aku ni bagi cantik sampai aku terfikir blog aku ni kena removed sebab letak banyak sangat widget kat sini. aku bukak la email . nak tau apa dia cakap? ini dia......
what? violation of our terms of service for : MALICIOUS_JAVASCRIPT. aku pun tak tau malicous tu apa benda. aduish...
tapi tu kisah lama. sekarang aku dah dapat balik blog ni. thanks to Blogger sebab dah review balik blog aku dan kembalikannya sama seperti keadaan asal. so, aku tak payah buat blog baru and decorate balik.
oh.... lupa nak cakap. aku ni sememangnya orang baik dan bukan penjenyah. blog aku ni kena remove bukanlah sebab 'violation of thier terms of service' tapi sebenarnya sebab kesilapan system. tak percaya? ni buktinya. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)



