Tuesday, 5 March 2013

Keputusan SPM 2012






Hai semua! Well ....... kepada candidate SPM 2012 mesti korang dah dengar kan pasal tarikh keputusan SPM 2012 diumumkan  . Kalau ikut apa yang mata aku nampak kat post fb friends aku , diorang cakap 20 March ni kemungkinan result akan dikeluarkan. Tapi, ini hanyalah gosip semata-mata dan masih belum ada pengesahan  lagi. 





Sedar tak hari ni dah 5 March ! uwaaa! Aku tak rase aku dah sedar. why? sebab aku tak rasa berdebar pun  macam sebelum ni. Kalau kira tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi nak dapat result tau. SPM......... memang la maksud dia Sijil Pelajaran Malaysia . tu kalau dalam kamus dewan bahasa . Tapi , kalau dalam kamus kehidupan rakyat Malaysia , SPM ni macam........... macam apa eh? aku tak tau la words yang best untuk describe SPM ni. Tapi yang aku tahu kita semua ni hidup untuk SPM. ye la, sejak kecil lagi mak bapak kita suruh kita belajar pandai-pandai, then dapat masuk sekolah elite, dapat keputusan cemerlang, kerja bagus-bagus . kan? memang tak dapat dinafikan dalam hati setiap ibu bapa nak tengok anak diorang berjaya . 

Keputusan UPSR, PMR hanyalah kayu ukur kebijaksanaan kita masa jawab exam tu jer. Tapi SPM ni sangat berbahaya, kalau kita dapat keputusan with flying colours bak kata omputeh , tak pe. Selepas tu kita akan dapat masuk university dan campur usaha sikit , kita akan dapat kerja bagus. Tapi, kalau sebaliknya, apa akan jadi? kalau girls, mesti parents suruh kahwin jer dan kalau boys pulak kemungkinan besar akan tanam anggur kat rumah melainkan kalau parents korang tauke emas tak pe.Walaupun kita dengan classmate and best friend kita sehati sejiwa dan ada cita rasa sama,  tapi lepas result spm , semuanya berubah kalau result kita tak sama dengan classmate dan best friend kita tu. Cara hidup dan hala tuju kita dah tak searah lagi.

Aku tak tau sama ada keputusan SPM aku ok or ko. aku harap ok la. Kepada sesiapa yang dapat keputusan cemerlang dan dapat kerja bagus , janganlah sekali-kali melupakan kawan-kawan korang yang tak berjaya.  Diorang bukanlah tak cerdik ataupun kurang pandai cuma mungkin belum ada rezeki diorang. . Allah itu Maha Adil dan aku pasti  ada hikmah di sebalik setiap perkara yang terjadi . :)


No comments:

Post a Comment

anything to say?