assalamualaikum :)
this is a very very hot story. you will regret if you didn't read this story. it is real and just happen this morning. (practice muet. haha)
Benda alah ni memang buat aku malu 7 tahun la. Muka pun macam dah tak tau nak sorok kat mana. Kalau aku pergi buat plastic surgery jadi orang lain pun belum tentu boleh hilang rasa malu tu.
ceritanya berbunyi begini, pada suatu pagi yang hening......
kami semua ada lab biology pagi tu. And all what we need to do is do the lab report practical 3 yang mana tajuk dia transport across membrane. search google la kalau nak tahu lebih lanjut eh. satu group pair dua orang jer. maklumlah buadak medic kan, kena buat sendiri-sendiri experiment. paling maksimum dua orang jer.
experiment tu perlukan darah. tapi bukan segelen la. sikit jer. dua tiga titik jer. so, aku ngan partner aku decide la sape nak jadi "penderma darah" tu. aku ok jer kalau setakat nak bagi dua titik darah. tak luak pun. tapi , dia cakap biar dia jer yang buat. so, fine la. i don't mind.
alkisahnya, kami pergi la dekat lab asistant tu nak prick jarum. Then, dia pun tengok la la tangan partner aku si minah A ni. Dia cakap pucat jer. Macam tak de darah. Dipendekkan cerita , aku la yang jadi galang gantinya.
Bila dah prick jarum kat tangan, kami pun start la picit darah dari jari aku atas apparatus tu. Yang perlu tak banyak pun, dalam 15 titik jer. Tapi, tangan aku ni tak banyak sangat darah, so, dapat sikit jer. Dalam 10 titik kot.
Then, bila minah A ni lepas jer tangan aku, aku rasa mata aku kabur. Rasa pening-pening sikit. Aku cepat-cepat jalan pergi tempat duduk aku. But then, aku still rasa pening. Pandangan makin kabur, keadaan sekeliling jadi putih. Rasa macam ada kabus yang tebal sekeliling aku. Aku still boleh nampak orang lain di sebalik kabus tu. Cuma kurang jelas jer. Tapi, aku boleh dengan jelas apa yang diorang cakap kat aku.
After that, aku pun mintak kebenaran untuk keluar dari lab dengan lecturer. Nak dijadikan cerita, badan aku hilang stability. then, tup! jatuh tersadung. Ha. Ha . Ha. yang tak leh blah, diorang cakap, walaupun aku jatuh tertungging, muka still senyum lagi. Ni la klimaksnya yang buat aku 6 tahun malu tak sudah.
Ni satu lagi best part, aku sebenarnya puasa sunat , muka aku macam pucat gila, so, lecturer pun suruh berbuka. Tapi, nak berbuka dengan apa? Mana ada makanan. Tiba2, banyak jer makanan datang kat depan aku. They all sume so sweet. Walaupun diorang kadet yang memang sentiasa lapar, tapi diorang korbankan makanan diorang bagi kat aku. Aku tahu bagi budak kadet, makanan tu mnemang benda penting la. Ada yang bagi roti, air kotak, gula2, mamee monster pun ada. Ok. korang dah berjaya buat aku terharu. haha
Tapi kejap je la terharu tu. haha. dalam 5 minit macam tu, aku dah ok balik. Tak sudah diorang mengata kat aku. Aku tak tahu nak sorok muka kat mana. 40 inchi tebal kot malu. Even sekarang masa aku tengah tulis post ni pun rasa malu tu tak habis lagi. Rasa macam nak balik rumah, tukar sekolah jer. Haaa. Haaa
Tapi, berbaloi la aku sponsor darah aku tu untuk experiment ni. sume orang boleh tengok hasil nya.
nampak tau bentuk biconcave redblood cell aku tu. At least, dapat la jugak benefit kan. hahah
![]() |
| blood cell after immersed in hypertonic solution. |
Berbalik kepada tajuk tadi, aku tak rasa aku mabuk darah (still tak boleh terima hakikat walau dah jatuh tersadung. haha) Kalau aku mabuk darah, macam mana nak jadi doktor kan. So, aku assume aku jadi macam tu sebab aku puasa kot. Perut kosong, tak de makanan. Haha #macam bangang jer. Malu tahap giga babe. Aku harap sangat yang aku tak mabuk darah.
