gambar kat atas ni memang describe aku sekarang ni. aduish............ tengok page view blog = 0 . tujuan aku tulis blog ni sebab apa? of course sebab aku nak share pendapat aku, cerita aku, and anything yang berlegar dalam kepala aku yang bijak ni.
Ok.. fine! aku sedar diri yang blog aku ni masih sebulan jagung je, ayat aku tak power, blog aku tak cantik, muka aku tak cun (salah satu sebab aku tak suka letak gambar aku) . Aku bukan la nak publisiti melalui blog dan sememangnya aku tak suka benda macam tu. Tapi masalahnya blog aku ni perlu publisiti. Aku tak kisah mana pun tak ada orang follow blog aku (walaupun aku kisah sebenarnya. kalau tak aku tak kan mention pasal benda ni). Tapi, tu tak penting mana bagi aku, yang aku kisah sekarang ni ialah tak de sorang pun daripada berlambak manusia kat atas muka bumi ni TERsinggah kat blog aku.
Aku rasa sedih sangat sebab kalau fikir balik, coretan bermakna yang aku membebel beberapa hari ni hanyalah hiasan sahaja. Kalau blog aku ni ada mata, confirm dia pejam mata bila aku bukak blog ni sebab dah jemu sangat tengok muka aku jer yang asyik datang. Tak de sorang pun yang TERbaca karya bebelan aku ni.
Wahai blog, aku memang kesian sangat kat kau. tapi, nak buat macam mana , dah memang engkau tak femes, memang tak de orang nak datang visit kau. Walau aku ni muka tak berapa cun, at least ada la jugak manusia yang sudi follow aku kat twitter, jadi friend aku kat fb.
Untuk blog ni, aku memang mengharapkan strangers datang melawat. Aku tak nak bagi tau kat kawan-kawan aku pasal blog ni sebab nanti tak syok aku nak membebel. Better kalau orang yang baca blog ni ialah spesies yang tak tahu aku ni makhluk dari planet mana. So, aku tak perlu nak berlapik masa mengata. hehe.
Walau apa pun, kesimpulan untuk status blog aku sekarang ni ialah CRAZY blog sebab cakap sorang-sorang. So, i'll just wait and see. Kalau ada orang berkenan kat blog ni, ada la yang hantar rombongan. Ramai la orang datang visit. Tapi, kalau tak ada, better join persatuan andartu sedunia la. I think persatuan ni memang padan dengan blog aku yang lonely ni .
No comments:
Post a Comment
anything to say?